Skip to main content

Posts

Featured

LIFE OF PI: SINEMA, MANUSIA DAN KEJUJURAN oleh Hassan Abd Muthalib

Biar kita telan benda yang busuk, asal tak tercemar bangsa Melayu .            -  Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee Jaga nama ibu bapamu, jangan jual agama dan bangsa.         - Pesanan bapa P Ramlee kepada Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee             Dari semasa ke semasa melalui medium filem, akan muncul satu  persoalan yang menarik, ia itu, apakah sebenarnya itu filem. Isu, renungan dan persoalan terhadap medium filem pernah dibawa oleh ramai karyawan filem di seluruh dunia, juga oleh sarjana dan pengkritik filem sejak awal abad yang ke-dua puluh. Karyawan filem sejati begitu perihatin – malah sedih - tentang apa yang sudah dan masih berlaku ke atas seni yang disayangi dan diceburi mereka. Kesedihan ini lahir akibat sikap penerbit-penerbit filem dan penonton di seluruh dunia yang begitu gemar dengan filem-filem arus perdana yang tidak berdiri di bumi nyata, juga terhadap sikap mereka yang menolak filem-filem alternatif yang membawa pemikiran tentang alam, ketuhan

Latest posts

Pertama kali di Malaysia: Pencarian harta karun Online Xplorasi Klik Berita Harian